Sunday, March 18, 2007

WANITA IDAMAN LELAKI : Siri 1


3 dari 19 Ciri-ciri Wanita Idaman Lelaki....

Alhamdulillah, hari ini, Aruna ingin berkongsi sedikit tentang 3 daripada 19 ciri-ciri yang seharusnya di miliki oleh seorang insan yang bergelar wanita. Ciri-ciri ini juga dikategorikan sebagai ciri-ciri wanita idaman lelaki... Ayuh kita saksikan apa ciri-cirinya...

1) Kecantikan Dalaman

  • Wanita yang tulen senantiasa berlemah lembut dalam perawakannya tetapi bersikap tegas dan meninggi di dalam prinsip dan nilaian hidupnya, hal ini adalah " kecantikan Dalaman " yang tiada tolok bandingnya...
  • Wanita ini tidak akan menjual maruah diri semata-mata utk wang dan kepentingan nya..
    juga tidak akan menyerahkan diri mereka kpda nafsu semata-mata serta tidak akan meminta perkara yang mmg bukan miliknya...
  • "Kecantikan dalaman terpancar dari Hati yangyang Murni dan Minda yang sentiasa bersangka baik"
  • Allah Berfirman di dalam kitab al-Quran. "Sesungguhnya Allah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian" (at-Tin : 4)

2) Keanak-Anakan
  • Fitrah seorang lelaki mmg menyukai sifat seorang wanita yang "keanak-anakan" dan manja agar lelaki tersebut mudah berpranan sebagai seorang pelindung, tetapi sifat "keanak-anakan" tersebut tidak seharusnya melampaui batas sehingga menampakkan wanita tersebut tidak matang...
  • Suara merdu wanita juga mampu menambat hati lelaki, tetapi tidak seharusnya dipergunakan kemeduan suara itu untuk menarik hati lelaki sehingga merosakkan hatinya dan mampu didatangi bisikan-bisikan syaitan...
  • "Simpanlah kemerduan suara itu untuk suami apabila sudah bergelar isteri kelak."

3) Kecantikan
  • Kecantikan dan wanita mmg tidak dapat dinafikan, namun kecantikan itu biarlah dilunaskan oleh syara'.
  • Kecantikan wanita itu akan bertambah seri jika disulami dengan keIMANan dan KeTAQWAan.
  • Di antara kategori-kategori kecantikan wanita ialah:
    • "NAFSU mengatakan wanita itu cantik dari paras rupa..."
    • "AKAL mengatakan wanita itu cantik pada ilmu & kepandaiannya..."
    • "HATI menyatakan wanita itu cantik pada akhlaknya...."
  • Aruna suka menyatakan agar simpanlah kecantikan diri itu untuk bakal suami dan bukan lelaki ajnabi bagi anda... Di antara tips menjaga kecantikan untuk bakal suami ialah:
    • Memecahkan lemah ketika masih gadis supaya kelihatan langsing...
    • Menjaga kesihatan dan stamina dengan beriadah...
    • Menjaga kehalusan kulit dengan rawatan-rawatan tertentu...



    Nantikan sambungan nya...


Aduhai Kasih

Maaf kami pinta, maaf kami mohon.
Atas keterlewatan janji yang sudah terucap.
Telah kami janjikan sebuah utusan.
Jumaat kini memnjadi kenangan.

Sekali lagi maaf kami pinta.
Maaf kami mohon.

Nikmatilah...
---

Aduhai Kasih; Allah yang Esa

Aduhai Kasih yang Abadi.
Kaulah sinar cahaya hati.
Aku berharap padaMu rabbiy...
Moga tersemat kasih fii qalbiy.

Aduhai Kasih fii qalbiy.
Engkau Penyayang lagi Pengasih.
Aku menangisi hatiku yang mati,
Moga Engkau hidupkan kembali.

Aduhai Kasih Penghidup Mati.
Engkau Empunya Segala Daya.
Aku membaca ayatMu, lalu ku sedih.
Moga Engkau, memberiku redha.

Wednesday, March 7, 2007

Nantikan...

Salam Kekanda...
Si Penagih Cinta...



Nantikan Kemunculan Slot:
AYAT-AYAT CINTA


Bersama Kekanda-Kekanda Penagih Cinta:
1. Adika Teruna @ Aruna
2. Pujangga Cinta @ Pcinta

TEMUI SANG PENAGIH CINTA INI PADA SETIAP:

"Hari Jumaat di blog ini...."

APA YANG ADA PADA "AYAT-AYAT CINTA" INI:

- Petua-petua mendamba Cinta yang kekal abadi -
- Rahsia Cinta sebenar -
- Hikmah Cinta yang tiada terperi -
- Kalimah-kalimah cinta -
- Pertanyaan @ Luahan Rasa Hati (via blog "Ayat-Ayat Cinta") -
- Sumbangan-sumbangan cerita, pengalaman Cinta luarbiasa -

Slot ini adalah diklasifikasikan sebagai
(U)
Yakni untuk tatapan Umum...

Dengan Cinta... Kenal Pencipta...
Dengan Cinta...Kenal Rasulnya...